Panel 3

Panel 3
Nurul Wajeehah binti Md Yusof D20121057978

Friday, 6 May 2016

PENILAIAN MELALUI PENULISAN


DEFINISI
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis pelajar seperti lembaran kerja.

TUJUAN
Mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid.

RASIONAL
Menilai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.

PELAKSANAAN
Melibatkan aktiviti menyemak hasil penulisan murid seperti karangan,laporan, kerja kursus atau folio, latihan dan ujian bertulis.


Aktiviti untuk menilai kemahiran menulis murid.

  • Folio
  • Ujian menyambung ayat
  • Ujian menulis ayat dan perenggan
  • Ujian menulis karangan
  • Ujian meringkaskan karangan
  • Ujian menulis surat Kiriman dan bentuk-bentuk penulisan yang lain
  • Huraian atau tafsiran grafik

Kemahiran yang dinilai melalui penilaian penulisan

  • Kemahiran menulis
  • Kemahiran menyusun idea
  • Kemahiran menggunakan tanda baca
  • Kemahiran menggunakan perbendaharaan kata
  • Kemahiran mengaplikasi
  • Kemahiran mentafsir
  • Kemahiran menilai

Ciri-ciri soalan penilaian secara penulisan

  • Soalan menepati kemahiran yang akan diuji
  • Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
  • Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
  • Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
  • Skema pemarkahan disediakan

No comments:

Post a Comment