Panel 3

Panel 3
Nurul Wajeehah binti Md Yusof D20121057978

Friday, 6 May 2016

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN


DEFINISI
Proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu dan bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar.

TUJUAN
Membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

RASIONAL
Pemerhatian yang terancang membantu guru untuk  mengenal pasti tahap pencapaian pelajar.

PELAKSANAAN
Menggunakan instrument seperti senarai semak, skala kadar, rekod profil dan lain-lain.


Perkara yang perlu dinilai semasa dibuat pemerhatian

1.Kualiti Pemerhatian 
a. Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. 
b. Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. 
c. Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. 
d. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. 
e. Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

2. Bentuk Perancangan 
a. Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. 
b. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. 
c. Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian. 

3. Merekod Penilaian Pemerhatian 
a. Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: 
· Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan 
b. Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara                  pelaksanaan perlu direkod dengan jelas .
· Menjalankan Tugasan 
c. Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat.
· Cara merekodkan dapatan dan rumusan 
d. Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
· Tindakan Susulan. 

4. Jenis Pemerhatian
a. Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
b. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
c. Memerhati apayang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
d. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen. 

5. Strategi Pelaksanaan 

a. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
b. Menggunakan senarai semak.
c. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian.
d. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.
e. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
f. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. 

6. Fungsi Penilaian melalui Pemerhatian. 
a. Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. 
b. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.


PENILAIAN MELALUI LISAN


DEFINISI
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. 

TUJUAN
Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.

RASIONAL
Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz dan kelancaran dalam sebutan.

PELAKSANAAN
Menjalankan aktiviti  seperti syarahan, perbahasan, bercerita, perbincangan,soal jawab dan deklamasi sajak


Aktiviti untuk menilai kemahiran Lisan.
  • Syarahan
  • Bacaan kuat
  • Perbahasan
  • Bercerita
  • Perbincangan
  • Hafazan
  • Temu bual
  • Soal jawab
  • Nyanyian
  • Deklamasi sajak
  • Mendengar dan memberi respon secara lisan

Aspek-aspek yang dinilai melalui penilaian secara lisan.

  • Kefahaman konsep
  • Pengetahuan fakta
  • Kecekapan mendengar
  • Penggunaan bahasa yang tepat
  • Kefasihan menghafaz
  • Sebutan dalam berbahasa
  • Kecekapan mencongak
  • Gaya persembahan
  • Pertuturan dan sikap

PENILAIAN MELALUI PENULISAN


DEFINISI
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis pelajar seperti lembaran kerja.

TUJUAN
Mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid.

RASIONAL
Menilai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.

PELAKSANAAN
Melibatkan aktiviti menyemak hasil penulisan murid seperti karangan,laporan, kerja kursus atau folio, latihan dan ujian bertulis.


Aktiviti untuk menilai kemahiran menulis murid.

  • Folio
  • Ujian menyambung ayat
  • Ujian menulis ayat dan perenggan
  • Ujian menulis karangan
  • Ujian meringkaskan karangan
  • Ujian menulis surat Kiriman dan bentuk-bentuk penulisan yang lain
  • Huraian atau tafsiran grafik

Kemahiran yang dinilai melalui penilaian penulisan

  • Kemahiran menulis
  • Kemahiran menyusun idea
  • Kemahiran menggunakan tanda baca
  • Kemahiran menggunakan perbendaharaan kata
  • Kemahiran mengaplikasi
  • Kemahiran mentafsir
  • Kemahiran menilai

Ciri-ciri soalan penilaian secara penulisan

  • Soalan menepati kemahiran yang akan diuji
  • Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
  • Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
  • Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
  • Skema pemarkahan disediakan

Thursday, 5 May 2016

CONTOH SOALAN PENILAIAN SECARA PENULISAN


CONTOH SOALAN PENILAIAN SECARA LISAN



CONTOH BORANG RUBRIK
 PENILAIAN SECARA LISAN



CONTOH SOALAN PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN













FUNGSI KAEDAH PENILAIAN





MENGESAN SERTA-MERTA



 MENGESAN KEMAJUAN



 MENGESAN PENCAPAIAN





BIBLIOGRAFI

Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur :
         Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur :
        Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainudin Abu Bakar (2014). Psikologi Pendidikan Pedoman untuk 
        Guru dan Ibu Bapa. Singapura : Partridge Publishing.