DEFINISI
Proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu dan bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar.
TUJUAN
Membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
RASIONAL
Pemerhatian yang terancang membantu guru untuk mengenal pasti tahap pencapaian pelajar.
PELAKSANAAN
Menggunakan instrument seperti senarai semak, skala kadar, rekod profil dan lain-lain.
Perkara yang perlu dinilai semasa dibuat pemerhatian
1.Kualiti Pemerhatian
a. Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
b. Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
c. Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
d. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
e. Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
2. Bentuk Perancangan
a. Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
b. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
c. Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
3. Merekod Penilaian Pemerhatian
a. Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
· Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
b. Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas .
· Menjalankan Tugasan
c. Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat.
· Cara merekodkan dapatan dan rumusan
d. Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
· Tindakan Susulan.
4. Jenis Pemerhatian
a. Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
b. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
c. Memerhati apayang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
c. Memerhati apayang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
d. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.
5. Strategi Pelaksanaan
a. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
b. Menggunakan senarai semak.
c. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian.
d. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.
e. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
f. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
6. Fungsi Penilaian melalui Pemerhatian.
a. Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
b. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.